Tuesday, July 28, 2009

Solat Tahyatul Masjid dalam Waktu Haram

Salam

Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Biasanya bila ke masjid kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalau kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalalu kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib. Sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar kan? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana?
Mohon pencerahan, Jazakallah…

Jawapan:

Salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إذا دخـــل أحدكم المسجـــد فــلا يجلس حتى يصـــلي ركعتين……..متفق عليه
“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )

Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :

a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.

b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dlm Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab.Adapun , solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid , solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.

Tarjih :

Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.

Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :

إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والامام يخطب فليـــركع ركعتـــين
“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”

WA
Ruj :Taudih al-Ahkam min bulughu al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi
www.bio-asli.com/daftar.asp?id=pidah76

Monday, July 27, 2009

Berkumur Semasa mandi Janabah

http://www.bio-asli.com/daftar.asp?id=mutahar

Salam

Adakah mulut dan di dalamnya (gigi/ lidah dsbnya) termasuk dalam anggota hadas yang mesti disampaikan air keseluruhannya?

Terima kasih.

jawapan:

بسم اللهوالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Masalah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung semasa mandi janabah, termasuk dalam masalah khilaf.

Punca khilaf, kerana hadis Ummu Salamah yang bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang cara mandi janabah, tidak menyebut tentang berkumur. Iaitu:

يا رسول الله إني امرأة أشد ضفر رأسي فأنقضه لغسل الجنابة ؟ قال لا إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Ummu Salamah berkata: “Wahai Rasulullah, aku wanita yang mengikat jalinan sanggul kepalaku. Adakah aku patut meleraikannya untuk mandi janabah?”.Baginda bersabda: “Tidak. Cukup hanya dengan kamu mencurahkan air atas kepalamu sebanyak tiga ceduk, kemudian kamu menuangkan air ke atas kamu, maka kamu sudah menjadi suci”.Direkod oleh Muslim (no: 330).

Sementara hadis Maimunah r.a. yang menceritakan sifat mandi janabah baginda, menyebut baginda berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.

وضعت للنبي صلى الله عليه و سلم ماء للغسل فغسل يديه مرتين أو ثلاثا ثم أفرغ على شماله فغسل مذاكيره ثم مسح يده بالأرض ثم مضمض واستنشق وغسل وجهه ويديه ثم أفاض على جسده ثم تحول من مكانه فغسل قدميه
Kata Maimunah: “Aku meletakkan air kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk mandi. Lalu baginda membasuh tangannya dua atau tiga kali. Kemudian, menuangkan atas tangan kirinya lalu membasuh bahagian sulit. Kemudian, baginda mengesat tangannya pada tanah. Kemudian, baginda berkumur dan istinsyaq, membasuh muka dan dua tangannya, kemudian mencurahkan ke atas badannya. Kemudian, baginda beralih tempat lalu membasuh dua kakinya”.Direkod oleh Bukhari (no: 254).

Ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah r.a. adalah perincian dan tafsiran kepada hadis-hadis yang umum yang tidak menyebut berkumur. Natijahnya, hukum berkumur adalah wajib.
Dan ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah yang menyebut berkumur hendaklah difahami bahawa ia sunat, bukannya wajib. (Bidayah al-Mujtahid 1/40)

Oleh kerana khilaf antara sunat dan wajib, lebih aula ia dilakukan untuk keluar daripada khilaf ulama, lebih terjamin dari sudut menunaikan tanggungjawab syarak, dan bertepatan dengan sunnah baginda.

Wallahu A’lam.
Mohd Masri

Cara-cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Bismillahirahmanirahim

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Sunday, July 26, 2009

Kejujuran- Hadiah terbaik untuk Diri Anda

Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yg mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu2 kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel2 badan untuk melakukan proses2 tertentu. Sains lama menganggap sel2 badan kita hanyalah “gear2 mesin” yg menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yg baru membuktikan bahawa sel2 kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dgn jaringan komunikasi yg rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yg menakjubkan lagi sel2 kita juga seolah2 mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.

Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentila” (sila baca artikel Berfikir Ikut Rasa” untuk mengetahui darimana terdetiknya fikiran tersebut”), dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.

Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.
Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidak jujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didlm keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yg belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress didlm diri anda. Mereka yg hidup dgn penuh kejujuran selalunya mereka yg tenang dan punyai hubungan yg baik dgn insan2 disekeklilingnya.

Insan yg jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yg nyata didlm kehidupan dgn pemikiran yg tidak berbelah bagi terhadap apa yg diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel2 badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

Apa terjadi bila insan yg jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel2 badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses2 tertentu dgn lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dgn berkesan lagi, menghantar khasiat2 ke kawasan kanser, merembeskan hormon2 tertentu untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan sebagainya. Sel2 anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dgn mereka yg sebaliknya? Sel2 badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan oleh tidak sama dgn perbuatan jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel2 badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main2 je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah taala, apabila tiba saat kita benar memerlukan pertolongan, adakah layak kita mendapat pertolonganNya. Namun ramai yg masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yg maha pemurah inilah yg membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yg tidak bersyukur.

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dgn jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula.

Thursday, July 23, 2009

Niat Puasa, Qadha Puasa dan lain-lain

Assalamualaikum wbt…

Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
Wassalam….

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-
إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62).
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).
- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah .

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-
وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم “Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah )”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”

WA. wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Hukum minum susu Isteri

Assalamu’alaikum,

Saya nak tanya berkenaan hukum terminum atau minum susu badan isteri?


Jawapan

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا
Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:
قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

قَالَ التِّرْمِذِيّ : ” بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ” حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ ” هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)

Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman.

Rumusan:Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

Monday, July 20, 2009

Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis

Bekerja diluar negara dengan rakan2 yg datangnya dari pelbagai negara dan bangsa yg punyai fahaman yang berbeza tentang agama dan kehidupan menjadikan perbincangan mengenainya suatu yg amat menarik. Semasa di Seychelles tempohari, kami berlima duduk berbual2 di lobby hotel dan seorang rakan bertanyakan mengenai konsep tuhan, dia dgn jujur tidak percaya yg tuhan itu ada. Lantas seorang rakan yg lain lagi (berbangsa arab) membuka satu cerita.
Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".

"Oh tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang" katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".

"Bohong" tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang membuatnya".

"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.

"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.
"Jika kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?

Tidak diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan rakan yg tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak. Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka memikirkannya.

Amat sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir masayarakat kita terpaut dgn agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka kembali kepangkal jalan suatu hari nanti. Amin.

Dipetik dari Helmis

Wednesday, July 15, 2009

Hukum Menonton Video Lucah Bersama Isteri

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian

Ustz Zaharudin

Basuh Jilatan Anjing Dengan Sabun

Salam, ustaz…

soalan saya : Adakah suruhan Rasulullah membersihkan jilatan anjing dengan tanah (samak) adalah suatu pilihan? maksud saya, boleh jugakah digunakan ditergent/sabun menggantikan tanah kemudian diikuti basuhan 6 kali?

adakah maksudnya zaman Nabi tiada ditergent maka nabi menyuruh menggunakan tanah?
-minta ustaz betulkan jika kefahaman saya ni salah dari tafsiran hadis dan fiqh.
Syukran

jawapan:
بسم اللهوالصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarak menaskan untuk menyucikan jilatan anjing hendaklah dibasuh dengan air 7 kali dan salah satunya bersama tanah.

Ada khilaf ulama bolehkah ditukar tanah dengan bahan cucian lain seperti sabun. Ada ulama tidak membenarkannya, kerana jenis basuhan jenis ini termasuk dalam perkara ‘taabbudi’ (yang tidak ditaakul oleh akal).

Ada sebahagian ulama Hanabilah yang membenarkan menggunakan sabun dan bahan cucian lain, jika payah untuk mendapatkan tanah atau penggunaan tanah boleh merosakkan bahan yang dibasuh.

Walaubagaimana pun, pendapat pertama yang tidak membenarkan lebih kuat, lebih berpegang kepada nusus, dan lebih menyelamatkan.

Syeikh Utsaimin menghujahkan kekuatan pendapat ini dengan beberapa asas:

1) Syarak menaskan penggunaan tanah, maka wajib diikuti arahan syarak.

2) Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terdapat penggunaan bahan cucian lain selain tanah, seperti Usynan (sejenis tumbuhan), yang digunakan untuk cucian. Tetapi baginda tidak mengisyaratkan kepada bahan tersebut.

3) Kemungkinan pada tanah terdapat material yang berfungsi menghapuskan kuman yang terdapat pada jilatan anjing.

4) Tanah adalah bahan cucian selain air. Kerana ia boleh digunakan untuk tayammum ketika ketiadaan air.

Maka, penggunaan tanah adalah wajib untuk basuhan jilatan anjing, dan tidak boleh ditukar kepada bahan lain, kecuali jika ketiadaan tanah. (Syarh Mumti’ 1/292)

Wallahu A’lam.

Monday, July 6, 2009

Seorang Doktor menemui Keajaiban Allah

Dr Email Yang Saya Terima.......

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! - tidak menunaikan sembahyang akan membuat otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."Cerita doktor ni dah biasa didengar malah dah berpuluh2 kali email ni di fwd-fwd kan tetapi siapa doktor ni dan adakah dia ni betul2 wujud? Jika ada mengapa tidak diumumkan penemuan beliau ini?

Bukan saya tidak bergembira dgn penemuan ini tetapi jika ianya sekadar email yg difwd2kan dr "sahabat yg menetap di US" tanpa bukti tuan punya cerita apatah lagi nama saintis tersebut, bukankan kita seolah2 mendengar khabar2 angin sahaja sama seperti kisah2 artis yg lebih acapkali di sebut2 oleh masyarakat kita?Adakah disebabkan sujud sahaja muslim bertambah sempurna akalnya? Bagaimana dgn agama lain yg juga sujud kepada berhalanya? Mengapa ramai muslim yg selalu sujud tetapi masih berperangai yg tidak sepatutnya? Mengapa ramai muslim yg sembahyang pada 5 waktu tetapi tidak mempunyai personaliti seorang muslim sepatutnya? Mengapa bangsa lain yg "tidak sujud" maju didunia ini berbanding umat islam?

Memang sujud itu membantu otak manusia menjadi lebih sempurna tetapi yg lebih memberi kesan adalah fokus ataupun khusyuk.. sebab itu sembahyang yg khusyuk atau fokus itu sahaja yg diterima.Bagaimana khusyuk/fokus membaiki otak? Kerana ketika khusyuk atau fokus, otak dibahagian hadapan (prefrontal cortex) menjadi aktif dan ini seolah2 menjadi senaman untuk bahagian tersebut. Jika bahagian depan tersebut tidak dilatih, manusia akan lebih byk menggunakan otak bahagian belakang yg lebih kepada tindakan reflek (fight or flight for survival - ciri pemikiran haiwan) tidak berfikir untuk membuat keputusan terutama ketika didlm keadaan tertekan, sebab itu orang yg stress tidak kira samada ketika marah/sedih/takut selalunya membuat dan mengambil keputusan yg tidak bijak, menyesal dikemudian hari kerana tindakan yg diambil tindakan yg tidak berfikir.

Umpama tangan kiri yg agak lemah berbanding tangan kanan kerana kita lebih menggunakan tangan kanan, bg yg kidal sebaliknya. Otak depan yg tidak digunakan akan menjadi lemah dan manusia akan susah untuk menjadi fokus dan boleh menumpukan perhatian terhadap apa jua perkara yg sedang kita lakukan. Sama seperti anak yg dilabel dgn ADD, Attention Deficit Disorder, selalunya nakal, tidak boleh duduk diam, tidak boleh tumpukan perhatian didlm kelas dan lain2 lagi. Adakah anak ini cacat disebabkan genetik? Kecacatan anak ini sebenarnya hasil dr emosi ibu yg mengandung yg sentiasa tertekan.

Perlunya kita mencuba sedaya upaya untuk khusyuk adalah kerana,
- Jika sedang belajar, lebih tumpuan kepada guru dihadapan, begitu juga ketika membaca, mendengar bicara2 ilmu dan sebagainya.

- Ketika bermasaalah, lebih mudah memikirkan penyelesaian dr memikirkan keburukan masalah tersebut. Otak boleh memilih cara berfikiran yg berlainan selain kebiasaan
- Boleh fokus terhadap cita2 dan lebih konsisten, menumpukan perhatian untuk mencapainya.
- Didlm perhubungan dgn pasangan akan lebih memfokus kepada sifat2 positif pasangan berbanding sebaliknya.

- Tidak pentingkan diri sendiri kerana setiap tindakan yg akan diambil akan mengambil kira kesan dan impak terhadap insan2 lain.

Ini hanyalah sebahagian sahaja contoh yg diberi, banyak lagi sifat2 manusia yg baik akan lebih terserlah jika kita boleh belajar untuk lebih fokus, sebab itu solat perlu dilakukan selalu dan khusyuk, bukan selalu tetapi fikiran melayang atau sekali seminggu ketika jumaat sahaja.
Janganlah kita semakin terlena dibuai dgn cerita2 kebaikan Islam tetapi kita makin hari makin mundur dan makin ditindas contohnya masalah palestin sekarang ini, Masaalah Palestin bukanlah masalah Israel yg jahat tetapi masaalah umat islam yg takut, takut kehilangan nikmat dunia dan pentingkan diri sendiri hingga tidak mahu bersatu padu bekerjasama. Mungkin sebabnya sembahyang yg tidak fokus, boleh sujud berkali2 tetapi tidak fokus didlm sembahyang, otak tidak dapat diperbaiki juga.

Kesan fokus kepada otak boleh di baca dgn lebih lanjut melalui buku berikut.
Change Your Brain, Change Your Life - Dr Daniel Amen MD
Evolve Your Brain, Science Of Changing Your Mind - Joe Dispenza DC