Friday, August 28, 2009

Mengapa makan Guna Tangan Kanan

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dgn tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yg janggal. Akan tetapi rata2 masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis2 rasmi hinggalah ke makan di tempat2 ternama seperti dihotel2 besar.Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yg makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan.

Melihat tamadun barat yg menyuap makanan dgn tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis2 "high level", pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat2 negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dgn tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.Jadi jika kita kaitkan dgn aktiviti makan menggunakan tangan kanan yg mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.Makan dgn tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat2 negatif, sebab itulah makan dgn tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yg penuh dgn dengki dan sombong.

Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dgn tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan2 lain terutamanya dalam hal makan tersebut.Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan2 sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yg "betul" termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis2 rasmi, ini termasuklah dgn menyuap makanan dengan tangan kiri.Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yg rata2nya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin2 kita rata2nya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat?

Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yg kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda2 tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?Apa yg saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam2nya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yg tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yg melihat dgn mata hati keimanan sahaja yg dapat memahami.

Dipetik dari Syurga Dunia

Sunday, August 2, 2009

Rahsia Alam dan Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya.

Artikel oleh Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim-RAHSIA ALAM