Monday, November 30, 2009

LELAKI MENJADI SEMAKIN BODOH! KENAPA??

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara.

Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar.

Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41).

Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat.

Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.

Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.
Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004

Thursday, September 10, 2009

KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :
﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴾

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35]

Allah berfirman :
وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184]

2. Puasa mengawal syahawat :

Nabi r bersabda :
[ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ]

Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka
berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]

3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :

Nabi r bersabda :
[ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ]

Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan
dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim :
1153]

Nabi r bersabda :
[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]
Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka “
[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]

4. Puasa menjanjikan syurga :

Dari Abi Umamah, beliau berkata :

يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ]
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]

Sumber: Petunjuk Puasa Nabi oleh Ustaz Fathul Bari

Sunday, September 6, 2009

Perkara yg Tidak Membatalkan Puasa Tetapi Mengurangkan Pahala

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya. Oleh itu Nabi r telah memberitahu kita dalam sabdanya :

[ رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع و العطش ]
Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. [Lihat Shahih Attarghib : 1076,1077]
Antaranya :

a. Kata-kata dusta

- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap
mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia
meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]

b. Perbuatan yang sia-sia dan keji

- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ ليس الصيام من الأكل و الشراب، إنما الصيام من اللغو و الرفث، فإن سابّك أحد أو جهِل عليك، فقل : إني صائم، إني صائم ]
Maksudnya : ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga
adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996]

Friday, August 28, 2009

Mengapa makan Guna Tangan Kanan

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dgn tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya jadi apabila kita mendengar hadis diatas bukanlah ia menjadi sesuatu yg janggal. Akan tetapi rata2 masyarakat moden dizaman ini mula makan dengan tangan kiri, baik di majlis2 rasmi hinggalah ke makan di tempat2 ternama seperti dihotel2 besar.Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yg makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan.

Melihat tamadun barat yg menyuap makanan dgn tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis2 "high level", pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat2 negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.Mengapa apabila kita dilanda masaalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap samada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan didalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dgn tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.Jadi jika kita kaitkan dgn aktiviti makan menggunakan tangan kanan yg mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.Makan dgn tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn sifat2 negatif, sebab itulah makan dgn tangan kiri meniru syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yg penuh dgn dengki dan sombong.

Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dgn tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan2 lain terutamanya dalam hal makan tersebut.Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan2 sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara berpakaian yg "betul" termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu garpu pisau, etika pemakanan barat sebagai persiapan untuk meghadiri majlis2 rasmi, ini termasuklah dgn menyuap makanan dengan tangan kiri.Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh golongan elit masyarakat kita yg rata2nya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa pemimpin2 kita rata2nya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri, kroni berbanding masyarakat?

Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yg kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda2 tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?Apa yg saya kemukakan ini hanyalah hipotesis saya sahaja dari pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam2nya. Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yg tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yg melihat dgn mata hati keimanan sahaja yg dapat memahami.

Dipetik dari Syurga Dunia

Sunday, August 2, 2009

Rahsia Alam dan Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya.

Artikel oleh Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim-RAHSIA ALAM

Tuesday, July 28, 2009

Solat Tahyatul Masjid dalam Waktu Haram

Salam

Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Biasanya bila ke masjid kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalau kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalalu kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib. Sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar kan? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana?
Mohon pencerahan, Jazakallah…

Jawapan:

Salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إذا دخـــل أحدكم المسجـــد فــلا يجلس حتى يصـــلي ركعتين……..متفق عليه
“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )

Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :

a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.

b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dlm Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab.Adapun , solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid , solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.

Tarjih :

Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.

Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :

إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والامام يخطب فليـــركع ركعتـــين
“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”

WA
Ruj :Taudih al-Ahkam min bulughu al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi
www.bio-asli.com/daftar.asp?id=pidah76

Monday, July 27, 2009

Berkumur Semasa mandi Janabah

http://www.bio-asli.com/daftar.asp?id=mutahar

Salam

Adakah mulut dan di dalamnya (gigi/ lidah dsbnya) termasuk dalam anggota hadas yang mesti disampaikan air keseluruhannya?

Terima kasih.

jawapan:

بسم اللهوالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Masalah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung semasa mandi janabah, termasuk dalam masalah khilaf.

Punca khilaf, kerana hadis Ummu Salamah yang bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang cara mandi janabah, tidak menyebut tentang berkumur. Iaitu:

يا رسول الله إني امرأة أشد ضفر رأسي فأنقضه لغسل الجنابة ؟ قال لا إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Ummu Salamah berkata: “Wahai Rasulullah, aku wanita yang mengikat jalinan sanggul kepalaku. Adakah aku patut meleraikannya untuk mandi janabah?”.Baginda bersabda: “Tidak. Cukup hanya dengan kamu mencurahkan air atas kepalamu sebanyak tiga ceduk, kemudian kamu menuangkan air ke atas kamu, maka kamu sudah menjadi suci”.Direkod oleh Muslim (no: 330).

Sementara hadis Maimunah r.a. yang menceritakan sifat mandi janabah baginda, menyebut baginda berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.

وضعت للنبي صلى الله عليه و سلم ماء للغسل فغسل يديه مرتين أو ثلاثا ثم أفرغ على شماله فغسل مذاكيره ثم مسح يده بالأرض ثم مضمض واستنشق وغسل وجهه ويديه ثم أفاض على جسده ثم تحول من مكانه فغسل قدميه
Kata Maimunah: “Aku meletakkan air kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk mandi. Lalu baginda membasuh tangannya dua atau tiga kali. Kemudian, menuangkan atas tangan kirinya lalu membasuh bahagian sulit. Kemudian, baginda mengesat tangannya pada tanah. Kemudian, baginda berkumur dan istinsyaq, membasuh muka dan dua tangannya, kemudian mencurahkan ke atas badannya. Kemudian, baginda beralih tempat lalu membasuh dua kakinya”.Direkod oleh Bukhari (no: 254).

Ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah r.a. adalah perincian dan tafsiran kepada hadis-hadis yang umum yang tidak menyebut berkumur. Natijahnya, hukum berkumur adalah wajib.
Dan ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah yang menyebut berkumur hendaklah difahami bahawa ia sunat, bukannya wajib. (Bidayah al-Mujtahid 1/40)

Oleh kerana khilaf antara sunat dan wajib, lebih aula ia dilakukan untuk keluar daripada khilaf ulama, lebih terjamin dari sudut menunaikan tanggungjawab syarak, dan bertepatan dengan sunnah baginda.

Wallahu A’lam.
Mohd Masri

Cara-cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Bismillahirahmanirahim

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Sunday, July 26, 2009

Kejujuran- Hadiah terbaik untuk Diri Anda

Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yg mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu2 kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel2 badan untuk melakukan proses2 tertentu. Sains lama menganggap sel2 badan kita hanyalah “gear2 mesin” yg menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yg baru membuktikan bahawa sel2 kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dgn jaringan komunikasi yg rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yg menakjubkan lagi sel2 kita juga seolah2 mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.

Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentila” (sila baca artikel Berfikir Ikut Rasa” untuk mengetahui darimana terdetiknya fikiran tersebut”), dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.

Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.
Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidak jujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didlm keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yg belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress didlm diri anda. Mereka yg hidup dgn penuh kejujuran selalunya mereka yg tenang dan punyai hubungan yg baik dgn insan2 disekeklilingnya.

Insan yg jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yg nyata didlm kehidupan dgn pemikiran yg tidak berbelah bagi terhadap apa yg diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel2 badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

Apa terjadi bila insan yg jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel2 badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses2 tertentu dgn lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dgn berkesan lagi, menghantar khasiat2 ke kawasan kanser, merembeskan hormon2 tertentu untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan sebagainya. Sel2 anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dgn mereka yg sebaliknya? Sel2 badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan oleh tidak sama dgn perbuatan jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel2 badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main2 je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah taala, apabila tiba saat kita benar memerlukan pertolongan, adakah layak kita mendapat pertolonganNya. Namun ramai yg masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yg maha pemurah inilah yg membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yg tidak bersyukur.

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dgn jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula.

Thursday, July 23, 2009

Niat Puasa, Qadha Puasa dan lain-lain

Assalamualaikum wbt…

Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
Wassalam….

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-
إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62).
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).
- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah .

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-
وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم “Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah )”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”

WA. wassalam

Wednesday, July 22, 2009

Hukum minum susu Isteri

Assalamu’alaikum,

Saya nak tanya berkenaan hukum terminum atau minum susu badan isteri?


Jawapan

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا
Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:
قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

قَالَ التِّرْمِذِيّ : ” بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ” حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ ” هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)

Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman.

Rumusan:Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

Monday, July 20, 2009

Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis

Bekerja diluar negara dengan rakan2 yg datangnya dari pelbagai negara dan bangsa yg punyai fahaman yang berbeza tentang agama dan kehidupan menjadikan perbincangan mengenainya suatu yg amat menarik. Semasa di Seychelles tempohari, kami berlima duduk berbual2 di lobby hotel dan seorang rakan bertanyakan mengenai konsep tuhan, dia dgn jujur tidak percaya yg tuhan itu ada. Lantas seorang rakan yg lain lagi (berbangsa arab) membuka satu cerita.
Alkisahnya suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan diantara mereka, kedua2nya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada keesokan harinya.

Keesokan harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan, penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".

"Oh tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan2 yg lalu atau sesiapa yg ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang" katanya lagi. "Sedang saya menunggu, tiba2 kayu2 yang hanyut disungai itu berkumpul menjadi laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang2 pokok yang besar, dengan selesanya kemudian saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya disini".

"Bohong" tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu2 itu berkumpul dengan sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang membuatnya".

"Terimakasih" balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.

"Kamu sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak Sheikh.
"Jika kayu2 yg sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi, bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang, bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?

Tidak diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan rakan yg tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak. Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka memikirkannya.

Amat sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir masayarakat kita terpaut dgn agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka kembali kepangkal jalan suatu hari nanti. Amin.

Dipetik dari Helmis

Wednesday, July 15, 2009

Hukum Menonton Video Lucah Bersama Isteri

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian

Ustz Zaharudin

Basuh Jilatan Anjing Dengan Sabun

Salam, ustaz…

soalan saya : Adakah suruhan Rasulullah membersihkan jilatan anjing dengan tanah (samak) adalah suatu pilihan? maksud saya, boleh jugakah digunakan ditergent/sabun menggantikan tanah kemudian diikuti basuhan 6 kali?

adakah maksudnya zaman Nabi tiada ditergent maka nabi menyuruh menggunakan tanah?
-minta ustaz betulkan jika kefahaman saya ni salah dari tafsiran hadis dan fiqh.
Syukran

jawapan:
بسم اللهوالصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarak menaskan untuk menyucikan jilatan anjing hendaklah dibasuh dengan air 7 kali dan salah satunya bersama tanah.

Ada khilaf ulama bolehkah ditukar tanah dengan bahan cucian lain seperti sabun. Ada ulama tidak membenarkannya, kerana jenis basuhan jenis ini termasuk dalam perkara ‘taabbudi’ (yang tidak ditaakul oleh akal).

Ada sebahagian ulama Hanabilah yang membenarkan menggunakan sabun dan bahan cucian lain, jika payah untuk mendapatkan tanah atau penggunaan tanah boleh merosakkan bahan yang dibasuh.

Walaubagaimana pun, pendapat pertama yang tidak membenarkan lebih kuat, lebih berpegang kepada nusus, dan lebih menyelamatkan.

Syeikh Utsaimin menghujahkan kekuatan pendapat ini dengan beberapa asas:

1) Syarak menaskan penggunaan tanah, maka wajib diikuti arahan syarak.

2) Pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terdapat penggunaan bahan cucian lain selain tanah, seperti Usynan (sejenis tumbuhan), yang digunakan untuk cucian. Tetapi baginda tidak mengisyaratkan kepada bahan tersebut.

3) Kemungkinan pada tanah terdapat material yang berfungsi menghapuskan kuman yang terdapat pada jilatan anjing.

4) Tanah adalah bahan cucian selain air. Kerana ia boleh digunakan untuk tayammum ketika ketiadaan air.

Maka, penggunaan tanah adalah wajib untuk basuhan jilatan anjing, dan tidak boleh ditukar kepada bahan lain, kecuali jika ketiadaan tanah. (Syarh Mumti’ 1/292)

Wallahu A’lam.

Monday, July 6, 2009

Seorang Doktor menemui Keajaiban Allah

Dr Email Yang Saya Terima.......

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! - tidak menunaikan sembahyang akan membuat otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."Cerita doktor ni dah biasa didengar malah dah berpuluh2 kali email ni di fwd-fwd kan tetapi siapa doktor ni dan adakah dia ni betul2 wujud? Jika ada mengapa tidak diumumkan penemuan beliau ini?

Bukan saya tidak bergembira dgn penemuan ini tetapi jika ianya sekadar email yg difwd2kan dr "sahabat yg menetap di US" tanpa bukti tuan punya cerita apatah lagi nama saintis tersebut, bukankan kita seolah2 mendengar khabar2 angin sahaja sama seperti kisah2 artis yg lebih acapkali di sebut2 oleh masyarakat kita?Adakah disebabkan sujud sahaja muslim bertambah sempurna akalnya? Bagaimana dgn agama lain yg juga sujud kepada berhalanya? Mengapa ramai muslim yg selalu sujud tetapi masih berperangai yg tidak sepatutnya? Mengapa ramai muslim yg sembahyang pada 5 waktu tetapi tidak mempunyai personaliti seorang muslim sepatutnya? Mengapa bangsa lain yg "tidak sujud" maju didunia ini berbanding umat islam?

Memang sujud itu membantu otak manusia menjadi lebih sempurna tetapi yg lebih memberi kesan adalah fokus ataupun khusyuk.. sebab itu sembahyang yg khusyuk atau fokus itu sahaja yg diterima.Bagaimana khusyuk/fokus membaiki otak? Kerana ketika khusyuk atau fokus, otak dibahagian hadapan (prefrontal cortex) menjadi aktif dan ini seolah2 menjadi senaman untuk bahagian tersebut. Jika bahagian depan tersebut tidak dilatih, manusia akan lebih byk menggunakan otak bahagian belakang yg lebih kepada tindakan reflek (fight or flight for survival - ciri pemikiran haiwan) tidak berfikir untuk membuat keputusan terutama ketika didlm keadaan tertekan, sebab itu orang yg stress tidak kira samada ketika marah/sedih/takut selalunya membuat dan mengambil keputusan yg tidak bijak, menyesal dikemudian hari kerana tindakan yg diambil tindakan yg tidak berfikir.

Umpama tangan kiri yg agak lemah berbanding tangan kanan kerana kita lebih menggunakan tangan kanan, bg yg kidal sebaliknya. Otak depan yg tidak digunakan akan menjadi lemah dan manusia akan susah untuk menjadi fokus dan boleh menumpukan perhatian terhadap apa jua perkara yg sedang kita lakukan. Sama seperti anak yg dilabel dgn ADD, Attention Deficit Disorder, selalunya nakal, tidak boleh duduk diam, tidak boleh tumpukan perhatian didlm kelas dan lain2 lagi. Adakah anak ini cacat disebabkan genetik? Kecacatan anak ini sebenarnya hasil dr emosi ibu yg mengandung yg sentiasa tertekan.

Perlunya kita mencuba sedaya upaya untuk khusyuk adalah kerana,
- Jika sedang belajar, lebih tumpuan kepada guru dihadapan, begitu juga ketika membaca, mendengar bicara2 ilmu dan sebagainya.

- Ketika bermasaalah, lebih mudah memikirkan penyelesaian dr memikirkan keburukan masalah tersebut. Otak boleh memilih cara berfikiran yg berlainan selain kebiasaan
- Boleh fokus terhadap cita2 dan lebih konsisten, menumpukan perhatian untuk mencapainya.
- Didlm perhubungan dgn pasangan akan lebih memfokus kepada sifat2 positif pasangan berbanding sebaliknya.

- Tidak pentingkan diri sendiri kerana setiap tindakan yg akan diambil akan mengambil kira kesan dan impak terhadap insan2 lain.

Ini hanyalah sebahagian sahaja contoh yg diberi, banyak lagi sifat2 manusia yg baik akan lebih terserlah jika kita boleh belajar untuk lebih fokus, sebab itu solat perlu dilakukan selalu dan khusyuk, bukan selalu tetapi fikiran melayang atau sekali seminggu ketika jumaat sahaja.
Janganlah kita semakin terlena dibuai dgn cerita2 kebaikan Islam tetapi kita makin hari makin mundur dan makin ditindas contohnya masalah palestin sekarang ini, Masaalah Palestin bukanlah masalah Israel yg jahat tetapi masaalah umat islam yg takut, takut kehilangan nikmat dunia dan pentingkan diri sendiri hingga tidak mahu bersatu padu bekerjasama. Mungkin sebabnya sembahyang yg tidak fokus, boleh sujud berkali2 tetapi tidak fokus didlm sembahyang, otak tidak dapat diperbaiki juga.

Kesan fokus kepada otak boleh di baca dgn lebih lanjut melalui buku berikut.
Change Your Brain, Change Your Life - Dr Daniel Amen MD
Evolve Your Brain, Science Of Changing Your Mind - Joe Dispenza DC

Monday, June 29, 2009

Harga Seorang Isteri

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan maklumat ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Laknat YAHUDI, Laknat lagi PEMIMPIN Islam

Jahanam Yahudi!, itu tajuk utama kebanyakan akhbar2 di negara islam seluruh dunia, malah khutbah jumaat pun khatib dgn lantangnya mengutuk tindakan yahudi.Yahudi, suatu bangsa yg amat hebat, malah didlm quran juga larangan Allah serta peringatan Allah terhadap bangsa ini amatlah byk sekali. Jika kita tidak berhubungan dgn kaum ini sekalipun, menjadi kawan kepada seteru kepada Yahudi ini juga dilaknati oleh Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim" Al - Maidah 5:51

Kita telah lama menentang Israel/yahudi, menyokong palestin dgn pelbagai cara tetapi pernahkah kita mengkaji mengapa semakin kuat kita menentang semakin hebat lagi kekuatan mereka?Tidak pernahkah kita terfikir yg umat islam itu sendiri tanpa sedar menyokong dan menguatkan Yahudi itu sendiri? Industri hiburan baik dr musik, filem hinggalah ke filem lucah majoriti adalah dikuasai oleh yahudi? Industri berita juga oleh yahudi sebab itu lah mereka menonjolkan Islam itu agama pengganas bukan sebaliknya, siapa Al-Qaeda? Mereka tidak wujud sebenarnya, ianya hanyalah "database pejuang mujahiddin" yg dahulunya menentang Russia, ditukarkan kepada Al-Qaeda supaya boleh menyebabkan manusia seluruh dunia hidup didlm ketakutan.

Geniusnya bangsa yahudi ini, mereka tahu bagaimana untuk menghayalkan umat islam dan menyerang dr dalam, membiarkan umat islam itu hanyut dan terlena tanpa sedar.Mereka tidak boleh mengishtiharkan perang kerana mereka tahu umat islam tak takut mati. Sepertimana mereka menghancurkan Iraq dgn membuatkan sunni dan syiah berperang sesama sendiri, caranya dgn mengarahkan agen perisik mereka berpakaian arab dan meletupkan masjid2 di Iraq dan menuduh dilakukan oleh sunni ataupun syiah. Tidak ada manusia yang mengaku Islam yg waras sanggup meletupkan masjid, fikir2kanlah. Menghayalkan umat islam dgn nikmat dunia dan membuat umat islam bergaduh sesama sendiri itu agenda mereka. Lebih mudah dari berperang secara terang-terangan.

Yahudi semakin kuat kerana Amerika, negara terkuat didunia ini sebenarnya di perintah secara "remote" dr Israel, sebab itu lah mereka berdiam ketika Gaza dilanyak kerana mereka tidak mendapat arahan untuk bertindak.Politik Amerika tidak ubah seperti gusti WWF yg direncanakan, kedua2 pihak yg bertanding ditaja oleh kebanyakannya syarikat yg sama, Bush dlm kempen untuk penggal kedua sudah tahu yg dia kekal sebagai presiden. Peralihan kepada Obama hanyalah drama untuk mengembalikan reputasi Amerika yg diburukkan oleh Bush.Umat islam harus berubah dan yg harus mulakan adalah pemimpin, jika mereka tidak sedar dan hanyut dgn nikmat kuasa dan dunia selagi itu umat islam hidup dlm sengsara.

Sepatutnya kita mengalihkan tenaga dan tumpuan kita dari mengutuk melaknat yahudi kepada mengutuk dan melaknat pemimpin islam yg berseteru dgn yahudi, melalui Amerika.Amat sedih dan terharu bila melihat pemimpin2 Islam yang kaya didunia ini bersekongkol dgn Amerika, boleh berpeluk cium berpegangan tangan dengan pemimpin Amerika sedangkan saudara mereka di Gaza menderita. Menurut "Economic Hitman" John Perkin didlm bukunya berkata, kebanyakan keluarga2 raja di negara arab sudah di"beli" oleh Amerika, yakni jika mereka mahu kekal sebagai raja dan mahu Amerika menjaga keluarga2 mereka, mereka semua harus ikut cakap dan telunjuk Amerika.Jadi jgn terkilanlah mengapa negara2 Islam yg kaya raya hanya tak habis2 berbincang tanpa penyelesaian kerana mereka sendiri tunduk kepada Yahudi melalui Amerika. Padan lah dgn namanya OIC.. ohh i see... tgk sahaja tanpa penyelesaian.

Bagaimana dgn pemimpin kita? Adakah pemimpin kita bertindak dgn setegasnya dlm hal ini? Penyelesaian kepada masalah Yahudi ini adalah dgn melemahkan Amerika dgn cara beralih dr menggunakan dollar dlm semua urusniaga terutamanya minyak. Selagi umat negara2 islam bergantung kepada dollar, selagi itu lah umat islam tidak mampu melawan yahudi. Tetapi pemimpin Islam takut jika mereka beralih kepada matawang lain atau apa2 sahaja yang tidak selari dgn kehendak Amerika, mereka akan kehilangan takhta seperti yg berlaku kepada Saddam, Perdana Menteri Iran Mohammad Mosadegh dan juga beberapa pemimpin bukan Islam yg lain yg dibunuh, dijatuhkan hanya kerana tidak mahu tunduk kepada Amerika.

Cadangan Dr Mahathir semasa ucapan beliau di persidangan OIC supaya negara2 islam mula menggunakan Gold Dinar hanya dipandang sepi oleh pemimpin2 Islam yg lain kerana mereka takut akan kehilangan takhta, hilang nikmat dunia yg mana mereka telah hanyut dan tenggelam didlmnya.Umat Islam tak habis2 menyalahkan Israel dan mengutuk mereka, sudah sampai masanya untuk kita berhenti menuding jari kepada mereka dan menyiasat diri sendiri dahulu dan sedar yang terjadi di Palestin itu adalah kerana kesilapan kita sendiri. Agung dan hebatnya Allah, secara semulajadi bila manusia menuding jari menyalahkan orang lain, tiga jari tetap mengarah kepada diri sendiri, sudah sampai masanya kita belajar berhenti menyalahkan orang lain, membetulkan diri sendiri dahulu.

Laknat Yahudi? Laknat lagi pemimpin Islam yang berseteru dgn mereka.

Thursday, June 25, 2009

Solat Merawat Otak


Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yg primitif) dr the "thinking brain". Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut.

Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada AllahSurah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-16 A lying, sinful forelock!Bahagian otak di ubun2 ini digelar "cingulate guru" yg mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu.

Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah. Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri.

Wednesday, June 24, 2009

Bagaimana Mahu Mendidik Anak Supaya Taat

Aku membawa anak-anakku ke Marine Life Educational & Entertainment Park yang mana terdapat persembahan aksi ikan paus KillerWhale, ikan lumba-lumba dan juga persembahan oleh seekor penguin.Si penguin ini membuat persembahan yang amat hebat dan mengkagumkan, terjun dari papan terjun yang tinggi, menimbang bola dgn hidungnya, melompat ditengah gelung api dan macam2 lagi. Sambil memeluk anakku, kami menikmati persembahan penguin tersebut.

Apa sahaja yg diperintah oleh pelatihnya, dia dgn patuh melakukannya. Jika dia disuruh ambilkan sesuatu, dgn pantas dilakukannya.Aku memandang anak2ku, terdetik dihatiku, selalunya jika aku meminta mereka melakukan sesuatu, mereka akan merungut, bercerita mengapa itu, mengapa ini tetapi masih tetap tidak mahu melakukannya. Aku tahu anak aku lebih pintar dr penguin tersebut tetapi apa yang membuatkan mereka berkelakuan begitu, amat sukar mengikut nasihat, pujukan apatah lagi perintah.

Selepas tamat persembahan, aku membuat keputusan untuk bertanya jurulatih penguin tersebut bagaimana dia boleh melatih penguin tersebut melakukan apa sahaja arahannya dgn taat sekali. Sambil memandang kearah anak2 ku, dia berkata "Tidak seperti ibubapa, setiap kali penguin saya melakukan apa yg saya suruh, saya akan beri perhatian sepenuh kepadanya, memberi pelukan kepadanya dan memberinya ganjaran iaitu ikan".

Serta merta terlintas dihatiku, setiap kali anak aku melakukan apa yang aku pinta ataupun sesuatu yang baik, aku samada kurang atau amat jarang sekali memberi perhatian kepadanya, mungkin kerana aku seorang yg sentiasa sibuk, tetapi setiap kali anakku tidak mahu melakukannya, perhatian ku tertumpu kepadanya sebab aku tidak mahu membuat mereka menjadi anak yang ingkar.Ini sebenarnya dgn tidak secara langsung aku mengajar mereka menjadi "little monster" atau pembangkang cilik jika mereka mahu perhatianku. Sejak hari itu aku cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada setiap tidak tanduk mereka yang baik dan memberi ganjaran setimpal dgnya, aku utamakan peluk cium dan juga sentuhan yang mana itu juga merupakan tindakan fizikal yang amat berkesan menyalurkan perasaan kasih sayang.

Kita tenggelam dgn cara pemikiran yang lebih menonjolkan benda2 yg negatif, contohnya tajuk2 utama akhbar selalunya mengenai musibah yang melanda, menonton TV pula dgn cerita keluarga yg porak poranda, filem pula mengenai tembak menembak, bunuh membunuh dan kemusnahan dunia yang mana mempengaruhi minda separuh sedara kita untuk hanya memberi perhatian kepada perkara 2 negatif.Didalam hidup kita apa yg kita fokus kan itu yang menjadi realiti hidup kita ini, jika kita fokus akan kedegilan anak2, kemalasan suami, kelancangan mulut isteri, itu juga yang akan lebih berkembang biak menjadi lebih teruk dari hari kehari.

Tuesday, June 23, 2009

QURAN BARU - AL FURQAN

Agak aneh di Malaysia, sistem pendidikan kita tidak menitik berat kan pemahaman Al-Quran itu sendiri. Kita sebenarnya takut terbaca ayat Al-Quran yg salah (FURQAN) atau apa2 sahaja tulisan2 arab yg mengandungi ayat2 palsu dan tanpa sengaja mengagungkan selain Allah dan terpesong akidah.

Ini termasuklah dulu heboh mengenai ayat2 quran hiasan dinding yg mengandungi makna terpesong dr akidah yg kononnya berada dipasaran negara.Adakah dgn lebih fahamnya maksud Al-quran nanti ramai rakyat Malaysia akan lebih berat ke pihak pembangkang? Mungkin.. Atau untuk mengelak kan fahaman ala Wahabi yang mana mereka akan membuat hukum2 berdasarkan pemahaman sendiri instead of merujuk ke mufti2 atau uztaz?

Sikap orang melayu lebih kepada menggantungkan ayat2 dr memahami ayat2 itu sendiri, kononnya ayat2 yg digantung akan menjadi pendinding dr syaitan atau pemberi kemurahan rezeki, contohnya ayat seribu dinar yg lebih kurang bermaksud, "Sesiapa yg bertakwa kepada Allah, akan dikeluarkan dirinya dari kesulitan dan akan diberi rezeki dr sumber yg tidak disangka2", tetapi orang melayu pula membuat pengubahsuaian kepada "Sesiapa yg MENGGANTUNGKAN ayat ini..... " jadi lebih kepada gantung dr takwa... Menjauhi syaitan? syaitan yg paling utama adalah nafsu diri kita sendiri sebenarnya.

Penyelesaian bagi hal2 sebegini ataupun benteng untuk apa saja helah mereka yg memusuhi Islam adalah dgn pemahaman Al-quran itu sendiri, sistem pendidikan kita patut menitik beratkan pemahaman instead of kelancaran bacaan, berlagu dgn dengung dan idhram yg sempurna tetapi tak memahami makna, sebab itu lah kita boleh solat tetapi fikiran kita melayang, sebab itu lah kita boleh berdoa lancar didlm bahasa arab tetapi fikiran kearah lain, mungkin sebab itu juga doa tak makbul sebab apa yg kita kumat kamitkan kita sendiri tidak memahaminya...Musuh islam mengambil kesempatan keatas kedaifan umat islam itu sendiri, sedar lah sebelum terlewat, mungkin kita tiada kuasa untuk meminta menteri pendidikan mengubah sukatan pelajaran agama agar anak2 kita dan generasi masa depan akan lebih memahami AL-Quran tetapi kita semua mempunyai kuasa untuk membeli tafsir Al-quran dan mula memahami apa yg kita baca.

Bermula lah dgn memahami Al-Fatihah dan beberapa ayat lazim supaya kita boleh lebih khusyuk didlm sembahyang dan tidak melayang fikiran memikirkan dunia, minda sedar dan minda separuh sedar kita bersatu memfokuskan tindakan yg sama, barulah sembahyang kita akan diterima dan insyaalah apa yg di hajati akan termakbul.

Peringatan terutamanya buat diri saya sendiri............

Monday, June 22, 2009

FADHILAT BULAN REJAB

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
Insyaallah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Sunday, June 21, 2009

WANITA BEKERJA PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Pasti ramai yang akan melonjak marah bila membaca tajuk posting ini. Sebelum memberikan komen2 baik positif atau negatif, harap dibaca dahulu dan berfikir dgn akal, bukan dgn emosi.
Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?

Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex) dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa.
Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh sibayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup dizaman moden ini penuh dgn tekanan/stress, dari ketika keluar dr rumah sangkut di traffic jam, ditempat kerja, ketika pulang dan juga dirumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi didlm kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.

Apa kesannya kepada bayi didlm kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah2 memberi tahu bayi yang dirinya didlm keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dr ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa didlm keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan seorang "street fighter" didalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik disini tidak lah bermaksud anak itu akan lemah dr segi akademik disekolah tetapi kurang cerdik dr segi menangani isu2 kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikir2kan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan?

Kira2 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dr ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi2 yg baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yg perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika siibu menerpa didlm keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dgn ibu yang datang dgn keadaan tenang, mendukung dan membelai dgn kasih sayang.

Jika bayi terjaga ditgh malam dan mahukan susu, siibu yg kepenatan berkerja sedar didlm keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dgn kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis dr pada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan didunia ini".

Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.

Persoalannya disini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.

Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masaalah2 remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah di ungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat2 lain yang lebih mengecewakan.

Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak2, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian Dr. Michael Resnik dari University Of Minessota yang diterbitkan di dalam The Journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yg lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dr masaalah sosial.

Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bg yg lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yg soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?
Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dr orang gaji dan cikgu2 taska? Fikir2kan lah.

Saya tidak menghalang wanita berkerja tetapi tumpuan kepada anak2 itu lebih patut diutamakan kerana mereka nanti adalah pemimpin masa depan. Minda harus dibuka dr menumpukan kepada kebendaan kepada kerohanian. Allah menjadikan wanita sebagai lebih kepada melahir dan membesarkan anak dan bukan mencari rezeki dan bersaing dengan lelaki.
Dalam persoalan diatas, semuanya berbalik juga ke pada pihak lelaki, jika lelaki/suami boleh berusaha lebih mencari rezeki, bukankah isteri boleh menumpukan perhatian kepada anak2.

Jika lelaki setia kepada isteri bukankah wanita tidak akan terfikir bekerja sebagai "back-up" jika berlaku perceraian, didlm hal ini harus di tanyakan ke pihak wanita juga, jika tiada wanita bekerja bergaul dgn bebas dengan lelaki bukankah kebarangkalian suami berubah rasa atau curang akan kurang? Siapa yg menggubal peraturan pejabat? Pemimpin... Siapa yg memimpin? kebanyakannya adalah lelaki. Jadi dari segala segi berbalik semula kepada lelaki sebenarnya.
Apa yg berlaku sekarang ini adalah kerana kita lari dr batasan2 Islam, Islam adalah cara hidup, bukan setakat sembahyang dan puasa, termasuk lah batasan pergaulan lelaki dan wanita, masaalah masyarakat yg melanda sekarang ini adalah kesan dr masyarakat yg beragama islam tetapi tidak mengikut cara hidup islam. Sembahyang tetapi tidak tahu apa yg di kumat kamitkan, berdoa tetapi tidak tahu apa yg dipohon.

Bukalah minda dan lihatlah persekitaran, perhatikan tingkah laku anak2 zaman sekarang, sedarkah kita yg masyarakat kita menghala tuju kearah yg salah, bukankah masanya untuk kita menekan "brek" kehidupan dan mengubah haluan?

Ibu yang bekerja dan lelaki isterinya terpaksa bekerja meninggalkan anak dibesarkan oleh orang lain adalah mereka yang pentingkan diri sendiri, lebih mengutamakan materalistik dr kerohanian, kita dikhayalkan oleh dunia media yang kegembiraan adalah dari luaran, kegembiraan adalah dari jenama kereta yang dipandu, dari besarnya rumah yang diduduki, memang benar itu semua untuk keselesaan anak2 tetapi jika moral dan perangai anak menuju kehancuran, apakah gunanya dunia materialistik ini?

Kegembiraan sebenarnya dari dalaman, hati yang tenang dan sentiasa mengingatkan penciptanya itu lebih gembira dari mengingati dan mengejar dunia.
Jika semua manusia mempunyai pemikiran yang sama bermakna tiada siapa yg berfikir, adakah anda berfikir?

Friday, June 19, 2009

KECEWA

Kecewa selalunya dikaitkan dgn situasi dimana seseorang itu tidak mendapat apa yg dihajati baik dr segi kebendaan, situasi atau pun kejadian. Tidak berjaya mendapat hasil dr usaha yg di lakukan, tidak berjaya memiliki cinta dan sebagainya. Boleh dikatakan semua kekecewaan adalah kerana kita mengharapkan orang lain memberikan apa yg kita ingini, inilah kesilapan besar manusia sebenarnya kerana harapan sepatutnya hanyalah kepada Allah sahaja sebenarnya.

Kita samada lupa atau pun tidak faham apa yg dibaca ketika solat, "Iya kanak budu wa iya kanas ta'in", "kepadaMu lah kami sembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan". Jika ini sentiasa diingatan, pasti manusia tidak akan kenal apa itu kekecewaan.
Dalam kebanyakan kes, kecewa selalunya boleh dikaitkan dgn perasaan takut, contohnya takut tidak berjumpa kekasih lain secantik/sehebat walaupun dikecewakan. Takut tidak akan perolehi peluang lain dalam apa jua situasi.

Manusia seolah2 mempunyai pemikiran yang Allah sudah berhenti mencipta dan hanya memerhatikan perlakuan kita dan mengarahkan malaikat2 mencatit tidak tanduk kita, ini sebenarnya adalah pemikiran kuno.

Jika kecewa tidak dapat bersatu dengan kekasih yg dicintai, bersangka baiklah pada Allah kerana Allah sebenarnya mahu memberi kita pasangan yg lebih baik, tetapi disebab kan kita bersikap negatif dan kecewa, kita sebenarnya secara tidak sengaja menjadi hamba yg tidak bersyukur, bila "dominon thought" penuh dgn kekecewaan dan negativiti, lebih byk lagi benda2 dan perkara negatif akan datang kepada diri kita.Tetapi jika kita redha, terima sebaik2nya dan makin kuat berdoa dan mempunyai "dominon thought" yg kuat dan sentiasa berharap "Allah sebenarnya mahu memberikan aku seseorang yg lebih baik dan hebat lagi", kita tidak akan kecewa, malah lebih gembira dan ternanti2 siapa agaknya insan yg lebih hebat ini.Konsep ini bukan hanya untuk mencari pasangan tetapi didlm apa jua konsep kehidupan. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, jgn menjadi hamba yg tidak bersyukur tanpa disedari. Kita sepatutnya meningkatkan lagi usaha dan bukan berhenti, mereka yg berhenti berusaha adalah mereka yang gagal, selagi kita tidak berhenti berusaha, kita belum lagi gagal sebenarnya.
Bersolat lah dgn ihklas dan khusyuk kerana solat yang penuh dengan sifat kesyukuran dan khusyuk itu menjaga minda, memperbaiki otak yg menjadi penentu keputusan yg akan kita ambil dalam hidup sehari2an. Jika otak boleh berfikir dgn sempurna manusia tidak akan membuat keputusan2 yg bodoh, Kassim Selamat tidak akan mencucuk matanya jika dia selalu sembahyang (suatu elemen yg jarang atau tidak ada langsung didlm cerita2 P Ramlee).

Kita yg melihat cerita2 begini sebenarnya menyimpan program ini didlm minda separuh sedar kita, sebab itu bila seorang itu kecewa akan selalu membuat keputusan yg bodoh. Ini kerana dia sebenarnya didlm keadaan tertekan/stress, didlm keadaan stress, fisiologi manusia menyebabkan darah kebahagian depan otak berkurangan, darah lebih banyak diarahkan ke bahagian tangan atau kaki (otot yang besar) untuk "fight or flight situation" iaitu lawan atau lari, contohnya bg mereka yang takutkan ular, bila terserempak sahaja selalunya tanpa berfikir panjang terus lari lintang pukang.

Bahagian depan otak (Prefrontal Cortex) kita sebenarnya yang berfungsi membuat penilaian secara menyeluruh dan rasional sebelum memberi arahan pada bahagian otak lain untuk membuat tindakan. Jadi bila bahagian depan otak yg merupakan penghulu minda tidak bermaya kerana kekurangan darah, keputusan lebih kepada memori dari bahagian otak yang lain, hasilnya kelurlah cerita Kasim Selamat cucuk mata sebagai rujukan tindakan manusia didlm situasi2 tertekan, tak semestinya mencucuk mata tetapi perbuatan2 bodoh yg sama. Mereka yang selalu didalam situasi kecewa, tertekan atau pun ketakutan, lama kelamaan akan menjadi "kurang cerdik" sebenarnya.

Jika kita betul2 percayakan yang Allah itu Maha Pemurah, kita tidak akan kecewa didlm kehidupan, dunia ini realitinya kaya dan penuh dgn harta, wang, kegembiraan dan juga kasih sayang, cuma kita kena berusaha mencarinya, tidak perlu berusaha keras cuma perlu berusaha dgn bijak (work smart instead of work hard). Harus diingatkan juga kegembiraan bermula dr diri sendiri, dr dalaman kemudian baru kegembiran luaran akan muncul.Bermula lah dgn bersangka baik dgn Allah dan membetulkan niat yg solat, ibadah, hidup dan mati adalah untukNya seperti yg kita baca didlm doa iftitah.

Sama Berkongsi Pengetahuan dan Peluang, InsyaAllah...: PETUA DOA MUSTAJAB

Sama Berkongsi Pengetahuan dan Peluang, InsyaAllah...: PETUA DOA MUSTAJAB

PETUA DOA MUSTAJAB

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Thursday, June 18, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

' 'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu,
utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu' Subhanallah. .