Wednesday, September 17, 2008

Mana Utama: Qadha atau puasa sunat

Ini adalah terjemahan jawapan drpd islamonline oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (IQ)

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=202&Itemid=2

Seorang wanita yang belum menunaikan qadha Ramadhannya, dia BOLEH melakukan puasa suat 6 hari Syawal dan melewatkan puasa Qadhanya. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi berkata:

“Adapun bagi sesiapa yang ada qadha Ramadhan, maka tidak mengapa dia berpuasa (sunat) 6 dalam bulan Syawal dan melewatkan qadha puasa Ramadhannya, ini berdasarkan hadith ‘A’isyah r.’anha yang thabit di dalam sahih al-Bukhari yang berkata :

إن كان يكون عليَّ الصوم من رمضان فلا أقضيه إلا في شعبان، لمكان رسول الله صلى الله عليه وسلم مني

Maksudnya : “Atas-ku ada hutang puasa Ramadhan, aku tidak mampu mengqadhanya melainkan dalam bulan Sya’ban, disebabkan kesibukan melayani Rasulullah saw menghalang-ku.” Telah thabit pula di dalam al-Muwatha (Imam Malik), dimana ‘Aisyah berpuasa 6 (Syawal), berpuasa ‘Arafah, puasa ‘Asyura, kerana itu kebanyakan para ulama berkata: Sesungguhnya harus melewatkan qadha (Ramadhan).

Sebahagian ulama melarang dan mereka berhujah bagaimana boleh dilakukan sunat sedangkan ada (puasa) yang fardhu ?

Hujah ini tertolak, disebabkan melakukan perkara sunat dalam keadaan ada kewajipan yang perlu dilaksanakan ada pendetailannya. Jika ada waktu yang luas untuk menunaikan yang fardhu, maka yang sunat itu boleh dilakukan sebelum melakukan yang fardhu dengan alasan, anda dibenarkan sembahyang sunat qabliyah Zohor sebelum menunaikan solat Zohor sedangkan anda dituntut untuk melaksanakan solat Zohor, maka setiap orang, apabia masuknya waktu Zohor, dan telah tergelincirnya matahari menjadi wajib ke atasnya menunaikan solat fardhu Zohor, dalam keadaan itu, kita melewatkan kefardhuan itu dan melaksanakan yang sunat dahulu (sunat qabliyah Zohor), kemudian baru kita solat Zohor selepas itu, maka (berdasarkan ini) melakukan perkara sunat sebelum melakukan yang fardhu itu adalah dengan keizinan syara’, maka ii menunjukkan perkara yang sunat itu kadang-kadang berlaku sebelum dilaksanakan kefarduan itu adalah dengan keizinan syara’, maka apabila Nabi saw mengiziankan umm al-Mukminin ‘Aisyah untuk melewatkan puasa qadhanya, menunjukkan waktu menunaikannya (qadha) diberi keluasan (hingga Syaban).”

wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment