Sunday, September 6, 2009

Perkara yg Tidak Membatalkan Puasa Tetapi Mengurangkan Pahala

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya. Oleh itu Nabi r telah memberitahu kita dalam sabdanya :

[ رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع و العطش ]
Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. [Lihat Shahih Attarghib : 1076,1077]
Antaranya :

a. Kata-kata dusta

- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap
mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia
meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]

b. Perbuatan yang sia-sia dan keji

- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ ليس الصيام من الأكل و الشراب، إنما الصيام من اللغو و الرفث، فإن سابّك أحد أو جهِل عليك، فقل : إني صائم، إني صائم ]
Maksudnya : ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga
adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996]

No comments:

Post a Comment