Tuesday, November 15, 2011

Perokok Dan Frontal Lobenya - Mengapa Gambar Ngeri Masih Tidak Menakutkan Mereka?


Pada awalnya hanya amaran pada kotak yang merokok itu membahayakan kesihatan, yang terbaru, gambar-gambar ngeri penyakit yang menyerang perokok juga diletakkan pada kotak2 rokok. Akan tetapi mengapa perokok2 tegar masih terus merokok dan seolah2 membutakan matanya, tidak kisah akan penyakit2 yang bakal dihadapi disebabkan oleh perbuatan mereka itu walaupun gambar ngeri ini terpampang didepan mata?

Apakah sebenarnya berlaku didalam diri seseorang itu yang menyebabkan mereka dengan selambanya tidak mengendahkan segala amaran2 ngeri ini? Jawapannya adalah kerana sesuatu telah berlaku didalam otak mereka dan ini memberi kesan negatif terhadap pemikiran, memang salah satu kesan akibat merokok adalah juga adalah "stroke" atau angin ahmar tetapi itu kesan fizikal jangka panjang, kerosakan secara senyap pada bahagian otak inilah yang menyebabkan mereka juga tidak mampu melihat dan nampak kesan keburukan merokok itu sendiri.

Disini saya ingin menceritakan dengan lebih terperinci kesan terhadap corak pemikiran akibat dari kerosakan merokok. Gambar di sebelah atas adalah imbasan SPECT otak manusia dan imej adalah struktur otak dilihat dari bawah, bahagian atas adalah bahagian depan otak. Jika kita lihat pada gambar imbasan otak perokok, kesan dari nikotin itu menyebabkan banyak bahagian otak mereka menjadi "berlubang", bukan lubang fizikal tetapi bahagian otak yang tidak aktif, ini membuatkan perokok tidak menggunakan kapasiti dan keupayaan maksimum otak mereka untuk membuat keputusan2 yg lebih bijak.

Cuba bandingkan otak mereka yang sihat tanpa rokok, dadah atau arak (gambar kedua) dengan gambar otak perokok (gambar pertama), bukankan jauh bezanya? Setuju tak anda jika saya katakan mereka yang sihat ini menggunakan seluruh kemampuan dan keupayaan otak mereka?

Imbasan menggunakan teknologi SPECT ini dipopularkan oleh Dr Daniel Amen dari Amerika dan pelbagai kesan2 buruk akibat pengambilan bahan 2 "sampah" seperti dadah dan alkohol boleh dilihat dilaman web beliau.

Bahagian otak yang menerima kesan teruk akibat dari nikotin ini adalah frontal lobe. Bahagian ini juga yang membezakan manusia dengan haiwan, jadi bukankah kita sepatutnya menjaga bahagian otak ini agar kita kekal sebagai manusia yang bersikap manusia dan bukan sebaliknya? Secara amnya bahagian inilah yang membolehkan manusia itu "melihat jauh "kesan masa depan akibat tindakan masa kini". Jika bahagian ini sudah rosak, maka letak gambar ngeri macamana sekalipun ianya tidak akan memberi apa2 kesan kepada perokok. Mereka tidak boleh kaitkan antara rokok dengan penyakit.

Frontal lobe ibarat "CEO" pada syarikat, menerima semua maklumat dari pelbagai "jabatan kehidupan", menganalisa dan membuat keputusan selari dengan kehendak jangka pendek mahupun jangka panjang. Jika "CEO" sudah lemah, maka keputusan2 bijak tidak dapat di ambil maka kesan pada kehidupan "syarikat" manusia itu sendiri akan menjadi penuh dengan kesusahan dan kepayahan.

Lihat pada remaja yg kebanyakannya membuat keputusan melulu didalam hidup pentingkan keseronokan dan hiburan hingga mengabaikan pelajaran, terjebak dengan maksiat dan sebagainya, kerana apa? Kerana frontal lobe mereka belum lagi terbentuk dengan sepenuhnya, jadi pada peringkat remaja inilah ibu dan bapa sepatutnya memberikan perhatian lebih kepada mereka. Frontal lobe akan terbentuk sepenuhnya antara umur 20-25 tahun, apa yang kita panggil kematangan, pada pendapat saya hanya anak2 yang sentiasa memikirkan kepayahan hidup akan cepat matang berbanding dengan anak2 yang hidup senang dengan banyak menghabiskan masa dengan hiburan TV, internet dan video games.

Berbalik kepada cerita perokok tadi, akibat dari kesan merokok itu, mereka kembali menjadi seperti remaja yang tidak boleh melihat kesan tindakan mereka pada masa depan, mereka tidak mampu untuk mengaitkannya, jadi si isteri, mak ayah atau rakan2 akan berbuih2 lah mulut cuba memberi nasihat agar berhenti merokok tetapi ini ibarat mencurahkan air diatas daun keladi sahaja. Mungkin selepas membaca artikel ini dan tahu apa terjadi pada otak mereka sekalipun mereka tetap dengan selambanya terus merokok.

Apa sahaja bahan asing yang menyebabkan situasi minda berubah, dari kopi, ubat batuk, gam, arak hinggalah kepada segala jenis dadah, ianya akan merosakkan sel2 otak terutamanya frontal lobe, bahagian yang membolehkan manusia fokus kepada sesuatu. Sebab itu sesetengah manusia minum arak dan mengambil dadah kerana mereka sebenarnya mahu melupakan masalah mereka, cuba mengalihkan perhatian atau fokus mereka dari realiti sebenar. Contoh yang sama pada perokok, perhatikan sikap mereka apabila dilanda masaalah, bukankah makin banyak jumlah rokok yang dihisap?

Memang ada perokok terdiri dari golongan profesional dan berjaya didalam kehidupan, akan tetapi perlu juga ditanya adakah mereka ini berjaya untuk kehidupan diakhirat, frontal lobe yang lemah akan membuatkan anda bertambah2 professional mengejar dunia akan tetapi tidak mampu melihat kesan tindakan anda itu apatah lagi bersiap sedia untuk kehidupan diakhirat.

Setiap batang rokok yang nyalakan, itu juga sama juga dengan mendermakan sebutir peluru buat Yahudi laknatullah untuk menembak saudara mara kita di Palestin, fikir2kan lah, atau itu tidak lagi terjangkau oleh pemikiran kerana frontal lobe sudah lama tidur nyenyak didodoikan oleh nikotin.

Masih belum terlambat untuk berhenti dan ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada perokok yang mampu berhenti tanpa perlu berubat atau melakukan apa2 terapi, yang penting kekuatan minda dan tahu siapa yang lebih berkuasa, jasad anda atau minda anda. Nikotin itu makanan jasad dan badan anda yang ketagihkan ianya setiap masa, solat dan ilmu adalah makanan roh dan pemberi kekuatan kepada minda. Latihlah kekuatan minda dengan solat yang ikhlas dan khusuk, insyaallah akan lebih mudah kita membuat keputusan2 yg bijak didalam kehidupan.

Sumber: Nukilan dari Blog Syurga Dunia

No comments:

Post a Comment