Tuesday, June 23, 2009

QURAN BARU - AL FURQAN

Agak aneh di Malaysia, sistem pendidikan kita tidak menitik berat kan pemahaman Al-Quran itu sendiri. Kita sebenarnya takut terbaca ayat Al-Quran yg salah (FURQAN) atau apa2 sahaja tulisan2 arab yg mengandungi ayat2 palsu dan tanpa sengaja mengagungkan selain Allah dan terpesong akidah.

Ini termasuklah dulu heboh mengenai ayat2 quran hiasan dinding yg mengandungi makna terpesong dr akidah yg kononnya berada dipasaran negara.Adakah dgn lebih fahamnya maksud Al-quran nanti ramai rakyat Malaysia akan lebih berat ke pihak pembangkang? Mungkin.. Atau untuk mengelak kan fahaman ala Wahabi yang mana mereka akan membuat hukum2 berdasarkan pemahaman sendiri instead of merujuk ke mufti2 atau uztaz?

Sikap orang melayu lebih kepada menggantungkan ayat2 dr memahami ayat2 itu sendiri, kononnya ayat2 yg digantung akan menjadi pendinding dr syaitan atau pemberi kemurahan rezeki, contohnya ayat seribu dinar yg lebih kurang bermaksud, "Sesiapa yg bertakwa kepada Allah, akan dikeluarkan dirinya dari kesulitan dan akan diberi rezeki dr sumber yg tidak disangka2", tetapi orang melayu pula membuat pengubahsuaian kepada "Sesiapa yg MENGGANTUNGKAN ayat ini..... " jadi lebih kepada gantung dr takwa... Menjauhi syaitan? syaitan yg paling utama adalah nafsu diri kita sendiri sebenarnya.

Penyelesaian bagi hal2 sebegini ataupun benteng untuk apa saja helah mereka yg memusuhi Islam adalah dgn pemahaman Al-quran itu sendiri, sistem pendidikan kita patut menitik beratkan pemahaman instead of kelancaran bacaan, berlagu dgn dengung dan idhram yg sempurna tetapi tak memahami makna, sebab itu lah kita boleh solat tetapi fikiran kita melayang, sebab itu lah kita boleh berdoa lancar didlm bahasa arab tetapi fikiran kearah lain, mungkin sebab itu juga doa tak makbul sebab apa yg kita kumat kamitkan kita sendiri tidak memahaminya...Musuh islam mengambil kesempatan keatas kedaifan umat islam itu sendiri, sedar lah sebelum terlewat, mungkin kita tiada kuasa untuk meminta menteri pendidikan mengubah sukatan pelajaran agama agar anak2 kita dan generasi masa depan akan lebih memahami AL-Quran tetapi kita semua mempunyai kuasa untuk membeli tafsir Al-quran dan mula memahami apa yg kita baca.

Bermula lah dgn memahami Al-Fatihah dan beberapa ayat lazim supaya kita boleh lebih khusyuk didlm sembahyang dan tidak melayang fikiran memikirkan dunia, minda sedar dan minda separuh sedar kita bersatu memfokuskan tindakan yg sama, barulah sembahyang kita akan diterima dan insyaalah apa yg di hajati akan termakbul.

Peringatan terutamanya buat diri saya sendiri............

No comments:

Post a Comment