Tuesday, June 16, 2009

PETUA KECANTIKAN WAJAH

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut JerawatMula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. I! nsyaallah petua ini dapatmenghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi LalatAsalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan ditempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedangmengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah SemulajadiPetua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikitmentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu KeningSetiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikanitu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukandikening pada setiap malam.

38. Licin BerseriAmbil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat sepertimasker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan airbersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/MukaSetiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapatersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dansapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda.InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlahselalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah MataSemasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krimsambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. ! Menghilangkan Lebam Bawah MataSebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya jugabaik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan WajahAmbil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadilicin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang HitamBibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih,perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannyaselalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi. !

44. Menghilangkan Lebam di BibirUntuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia danditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiapmalam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga,anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.Selamat mencuba.

45. Memerahkan BibirSaya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengankulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadidan jika ada petua tradisional, a! dakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak sukamemakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu KeningCaranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Denganmenggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukanpada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukanpada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentukdengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan keningcantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak! 1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajahlakukan padatiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagiinsyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit MukaUntuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkandgntuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat danmenegangkan kulit muka yang kendur.!

49. Menyerikan WajahAmbil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukanditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hinggakering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan JerawatAmbil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukankayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawatdan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga andaberjaya dan selamat mencuba.

51.! Petua Awet MudaBangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosokgigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangundaripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka BerseriBangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkanmenggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buatsebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkandari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat sertabaca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa MudaRamai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun.Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suambeserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak MudaUntuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalumakan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda jugadigalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah.Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet MudaUntuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujurdan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatanmuda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa TegangBasuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapasmuka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadidi atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di mukaakan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat padatopeng itu te! rdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiapminggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita SentiasaSetiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulamyang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akankelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah UlamPegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihathasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamatmencuba petua ini.

58. Wajah JelitaSemasa! berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke mukaberserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua iniberkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan KeningIngin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dankening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit MukaAmbil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipisbersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih da! njerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit MukaPetua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkanputik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlahpada muka anda.

No comments:

Post a Comment