Tuesday, June 16, 2009

PETUA UNTUK JAGA BADAN

1. JANGAN BERLAPAR (Islam galakkan berpuasa)
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kitaambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahappengambilanmakanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Inimenyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi2.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN (Islam galakkan makan benda yang tidak dibakar oleh api terlebih dahulu sebelum makan)
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasapahitdan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismasimpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,pastianda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilangarambermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satukajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding denganmerekayang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras guladidalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makansecaraperlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebihmudahdihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapidengankuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda ataukunyahlah gulagulagetah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada didalam petiais anda.

12. Apabi! la makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren keranaminumanmasam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan seratdankandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampakperubahannya. Jikaanda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkinanda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan ladahitambukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungikarbohidratkompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu DiariSimpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.Rekodkandalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukanandamakan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti dimana andaboleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga bolehmembuatk! an anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diarimakanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabilamereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalahmerebusmemanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikitminyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambilsayurandahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingintambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan danjangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakinbanyakmakanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makanakanmembantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalansatukalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukandengansantai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , y! ang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja danmemasak.Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengankeperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Geraimakanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif.Latihandapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin bolehdisamakandengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang muda! h untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapatingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.Melenturkanotot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapatmencantikdan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum bolehmenurunkanberat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya kedalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlahdijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara iniboleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badananda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan airperahanlimau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, ! air asam jawa baik dijadikan minuman harian.Air asamjawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalampeti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkansetiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat BadanSelepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas BersalinUntuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin! , cuba petua berikut :Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncitBagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambilsedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadidicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkankering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis! yang telah dicampurdengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini daninsyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiadamengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut AndaNak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkanatau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

No comments:

Post a Comment